Thursday, 30 May 2013

'the story begins when it ends.'

pernah tak bila korang habis tengok satu cerita tuu, korang terbayang bayang bayang bayang sambungan dia. *awan awan awan* kira macam create ikut suka hati kita lah apa jadi lepas tu. tak kira lah drama ke, filem ke, novel, komik. anything. emm. kata lah korang tengok.. em. apa cerita famous eh? ah! *petik jari sambil mentol menyala atas kepala* boys over flowers. last junpyo propose jandi kan? pernah tak korang buat bayangan sendiri apa jadi lepas tuu. emm. maybe diorang tak jadi kahwin. or maybe diorang kahwin, dapat anak, hidup macam biasa, sweet sweet. lalalala~ aigoo. comelnya hah! hee. sebenarnya dapat quote di atas dari cerita jepun. 'KUROSAGI'. dia ada mention pasal cinderella's story. semua orang ingat cerita tu stop sampai situ je. happy ending. orang tutup buku. tidur. zzz. -.- pernah tak terfikir, maybe mak ayah prince tu, tak suka pung dengan cinderella tuu, cinderella tu je yang yakin sangat semua orang suka dia. haaha. or prince tu main kayu tiga.*habis rosak semua fairy tale. hewhewhew* lepas saya tengok tu, macam zapp terus masuk dalam otak. a'ah. saya selalu create apa jadi lepas habis tengok satu cerita. ada yang macam okayy. ada yang macam. ergghh. tapi selalu yang best best lah. haaha. then after si kurosaki yang dilakonkan oleh si yamapi tu mention, saya macam denied jugak lah apa dia cakap. emm. scene after ending tu, kita yang create kan. so, depends kat kita lah nak benda tu, jadi happy ke tak. emm. sama macam hidup kita. kadang kadang apa yang jadi, tak semestinya tamat kat situ. selagi kita hidup, tak mati, selagi tuu, cerita kita tak sampai ending dia. contoh. ada something really bad happened kat kita. teruk sangat sangat lah sampai kita rasa macam tak nak hidup dah. kita rasa, stop lah sampai sini. hidup aku dah tamat. *kira macam time dapat 9% je addmath dulu :P* but, sebenarnya, time tuu lah hidup kita baru nak start balik. hidup baru. new life. so, the new life, kita yang create nak macam mana. ohsem? kelam? boring gilaa nak mati sampai tarik cabut rambut sendiri? kalau kita pandai twist kan apa yang jadi, jadi something yang ohsemehmeh, then best lah cerita kita tuu. kalau kita buat dunno je, teruskan hidup kita tak ubah apa apa. amatlah boring dan sedih lah cerita kita. everything happens for a reason. Allah tak akan uji seseorang tu dengan something yang luar dari kemampuan dia. so. dont ever give up. hihi. lol. saya mengarut. haaha. just sharing apa yang saya rasa je. heeheehe. salam~

Friday, 24 May 2013

huuhuuhuu T..T

lol. tetiba. ntah kenapa. rasa nak menangis pulak. hewhewhew. *amik tisu.hembus hingus* dengar lagu yamapi takdi, loveless. ada kat background music. tapi piano jelah. nak dengar betul, download sendiri. heehehe. pastu bukak youtube. tengok yamapi dengan kame. benda lawak. tapi saya nangis!! huh. cannot understan~g! *hantuk kepala kat dinding* maybe sebab dah lama tak nangis kot. or yamapi nyanyi sedih sangat. bhaaha. or sebab Pi comel sangat. uhh. dah start mengarut! *hantuk kepala kat lantai* or stress sebab nak final. hmm. faqihah stress???? unbelievable! haahaaha. haaahahahahahahahahaha. *stress lettew* okayyy ah. nak tido. study? sambung esok lah. tengah stresssssssss ------.................-------

Friday, 10 May 2013

it is SCRIPTED. not FAKE.

sebab sekarang tengah woohoo sikit dengan WWE. mehehe. ni lah kan. nak bagi tahu pada anda yang tak tahu. WWE tu scripted, not fake. ada beza tahu, script dengan fake! *pada yang selama ni ingat WWE tu real, jangan terjun lombong pulak tau :P* bebalik pada pendebatan kita tadi. beza script dengan fake. script, dia dah decide awal awal siapa menang, siapa kalah. gimmick, comeback, opponents, story lines. diorang fight, fight betul but in a safety way. they all dah di trained kurangkan sebanyak mungkin accidents waktu fight tu. dia tahu lah kalau kena hayun dengan steel chair tu macam mana nak bagi jangan sakit sangat. nama pro-wrestler kan. pandai lah dia. and if kalau ada sikit mistake, even yang simple, nasib dia lah kalau injured. nak buat macam mana kan. siapa suruh join wrestling nih. heehee. but seriously. kalau injured, its real. contoh. triple h, kenal dok? tak kenal? google man, google. alang alang online tu. dia dah injured banyak kali lah. left knee 2001, operate and doctor said, yang dia maybe kena retire, tapi tak lah kan. ada je lagi bergaduh dengan brock lesnar tu. right knee, broken arm. Edge. broken neck. and retired sebab kalau tak, dia kena pakai wheelcha *kite bakor bakor :D* sepanjang hidup. john cena, terkoyak muscle kat ketiak. dun worry. dia wangi. cuti 6-8 bulan.. lawan batista, broken neck. effect nerve system. tengah hari operate, petang datang ring, like nothing happened. banyak lah kalau nak di list kan. tapi yang penting tu real. kalau fake, macam movies tu. kau pukul lalalalala je. pastu darah pakai sirap meleleh leleh. tadah dengan tong. pastu minum. hewhewhew. hah! ada hari tu brock lesnar gaduh ngan triple h, triple h hentak kepala brock dekat tiang corner ring tu. koyak atas kepala. darah meleleh. baca comment kat youtube. FAKE BLOOD. hotak mu! ada kena sweet chin music nih kang. gapo dio tu? sweet chin music tu shawn michaels punya finisher. alah. macam superkick. kalau dalam taekwondo macam side kick lah. hah? tak belajar taekwondo. fine. sila rujuk video dibawah. kepala si brock tu memang darah betul ye ladies and gentlemen. ada video dia jahit balik kesan terkoyak tu. doctor lah jahit kan. tak kan jahit sendiri pulak. ngeri sangat dah kalau macam tu. kenkadang memang ngeri wwe nih. tapi seronok. tapi nak compare dengan zaman WWF dulu, ngeri WWF lagi. kalau masuk ring, perkara biasa bawak tong sampah, ladders. sekarang nih sebab budak budak yang ramai tengok, so dia behave lah sikit. tu yang tukar jadi WWE tu. world wrestling ENTERTAINMENT. bagi rakyat yang tak pernah tengok. try lah satu dua match. seronok tau. tambah tambah bila dia twist sikit storyline. and bila tengok wrestler yang kita minat, buat finisher, rasa YEEAAHH!! haahaha. okayy lah. pahanjang sahangat nih. lalala. bye and salam:)

*oh. untuk yang tak tahu menatang hapa lah sweet chin music tu*